Sumbangan Hospital Sungai Buloh

Memandangkan penularan wabak Coronavirus (Covid-19) semakin meningkat saban hari, Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) mengambil initiatif untuk memberi sokongan moral kepada petugas kesihatan barisan hadapan yang berjuang dalam memberi rawatan kepada mangsa-mangsa wabak tersebut terutamanya di Hospital Sungai Buloh.

Sehubungan itu, sebagai tanda sokongan kami terhadap usaha wira-wira berkenaan, hari ini pasukan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) AmanahRaya telah mengedarkan 1200 botol air mineral kepada:
1. Unit Kejururawatan
2. Unit Penyelia Hospital
3.Unit Kawalan Infeksi
4. Penempatan pesakit di Institut Latihan Kem Kesihatan Malaysia

Adalah diharapkan agar sumbangan kecil ini dapat meringankan sedikit beban yang digalas oleh wira-wira kita ini.

 

 

 

 

 

 

487