Hari Integriti Kementerian Hal Ehwal Ekonomi

Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) hari ini melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama agensi- agensi lain di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam usaha meningkatkan kualiti dan integriti sempena dengan Hari Integriti Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang bertemakan ‘Integriti Dijulang Negara Terbilang’.

AmanahRaya diwakili oleh YBrs Encik Adenan Md Yusof, Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya bersama ketua-ketua agensi lain turut disaksikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Pn. Latheefa Koya, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

142