Ahmad Suhaimi Endut

Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Ahmad Suhaimi Endut dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif Amanah Raya Berhad pada 14 Julai 2015. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Tender, Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran dan Jawatankuasa Pelaburan Amanah Raya Berhad dan juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah AmanahRaya -Kenedix Reit Manager Sdn Bhd.

Ahmad Suhaimi memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan dari University of Missouri St. Louis, Amerika Syarikat dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Sheffield, United Kingdom.

Beliau memulakan kerjayanya dengan sebuah syarikat swasta pada tahun 1992 sebelum menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik dan Pentadbiran pada tahun 1995 sebagai Penolong Pengarah Bahagian Industri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI). Beliau meneruskan perkhidmatannya dengan Kementerian Kewangan pada 2003 dan memegang pelbagai jawatan di beberapa jabatan / bahagian termasuk Jabatan Akauntan Negara, Bahagian Pengurusan Kewangan Strategik, Pejabat Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Bahagian Pelaburan, MKD dan Penswastaan, Sekretariat Panel Kajian Semula Cukai dan Bahagian Pinjaman Perumahan. Beliau kini adalah Setiausaha Bahagian Pengurusan Aset Awam, Kementerian Kewangan.

Beliau juga adalah Ahli Lembaga Pengarah Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd dan Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan Sdn Bhd.

KEMBALI