Dato’ Haji Che Pee Samsudin

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Dato’ Haji Che Pee Samsudin adalah seorang akauntan yang berpengalaman luas dalam sektor perakaunan sejak tahun 1982. Pakar kewangan bertauliah ini telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif, Amanah Raya Berhad pada 2 Mac 2011. Beliau juga merupakan Pengerusi, Jawatankuasa Semakan dan Audit Amanah Raya Berhad dan Ahli Lembaga Pengarah kepada beberapa anak syarikat Kumpulan AmanahRaya.

Dato’ Haji Che Pee memiliki Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dan merupakan Akauntan Bertauliah (CA) yang berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia (MIA). Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang perakaunan dan kewangan, serta telah memulakan kerjayanya sebagai akauntan dalam sektor awam bermula pada tahun 1982.

Beliau pernah menyandang pelbagai jawatan dalam pelbagai jabatan kerajaan antaranya Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di bawah Kementerian Kewangan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, dan juga sebagai Bendahari di Perbendaharaan Negeri Kedah selama 9 tahun. Beliau turut dilantik sebagai Ketua Akauntan Negara pada 5 Januari 2015.

BACK