Datuk Mohd Nasir Ali

Pengerusi

Datuk Mohd Nasir Ali telah dilantik sebagai Pengerusi Amanah Raya Berhad pada 12 Oktober 2018.

Beliau merupakan mantan Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad dari Oktober 2000 sehingga persaraannya pada sekitar Jun 2014.

Sebelum ini, beliau menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Kuala Lumpur City Securities Sendirian Berhad. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam industri Unit Amanah dan Pengurusan Pelaburan.

Selain komitmennya kini bersama AmanahRaya, Datuk Mohd Nasir juga merupakan Timbalan Pengerusi Plenitude Berhad dan Pengarah bagi E.A Technique (M) Berhad yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Beliau merupakan Pengarah I-VCAP Management Sendirian Berhad dan Amanah International Finance Sendirian Berhad serta beberapa syarikat lain.

Datuk Mohd Nasir memperolehi Ijazah Sarjana Sains (Pengajian Kewangan) dari University of Strathclyde, United Kingdom pada tahun 1988 dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1980.

KEMBALI