Dr. Khalid bin Abdul Hamid

Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Dr Khalid berpengalaman luas dalam penyelidikan, perancangan dan penyampaian ekonomi pembangunan, penyediaan belanjawan, kewangan antarabangsa, serta pengurusan fiskal di pelbagai kementerian termasuk Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Kementerian Kewangan. Semasa bertugas di Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), beliau telah menghasilkan kajian untuk diterbitkan di pelbagai jurnal dan artikel antarabangsa khususnya mengenai isu berkaitan subsidi petroleum, rantaian makanan, ekonomi sumber dan perburuhan.

Antara kajiannya yang paling berpengaruh diterbitkan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Asia dan Asia Timur (ERIA) pada tahun 2011 mengenai impak ekonomi kepada kenaikan harga minyak dalam industri makanan. Kajian-kajian lain meliputi dampak ekonomi kesan dari kenaikan harga minyak mentah, rasionalisasi subsidi minyak, rantaian serta ketirisan ekonomi. Sumbangan kepakaran beliau juga berjaya meningkatkan kefahaman mikro dan makro ekonomi kepada pegawai kementerian, agensi dan universiti tempatan. Ini dibantu kemahiran beliau dalam metodologi penyelidikan terbaharu menggunakan model Sistem Dinamik Vensim T21, Compatible General Equilibrium (CGE) dan input-output serta lain-lain lagi bagi membina rangka polisi seperti Dasar Komprehensif Pembangunan Nasional untuk panduan UPE.

Hasil gandingannya dengan MIER, inisiatif model Rekursif CGE versi Malaysia telah dibangunkan. Beliau juga telah mengetuai tugasan untuk Kementerian Sumber Manusia bertajuk Green Job Project yang dibiayai oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Di samping itu, pada tahun 2012, beliau menjadi “Resource Researcher” dalam pasukan teknikal Dasar Gaji Minimum di Kementerian Sumber Manusia bagi memperkenalkan Akta Gaji Minimum yang telah berkuat kuasa pada Januari 2013.

Kembali