Professor Dato’ Dr. Noor Inayah Yaakub

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Profesor Dato’ Dr. Noor Inayah Yaakub (DSPN) telah dilantik ke Lembaga Amanah Raya Berhad pada 1 April 2019 sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Majlis Pengawasan Syariah Amanah Raya Berhad.
Profesor Dato ‘Dr. Noor Inayah Yaakub adalah Ketua Pegawai Eksekutif / Rektor Kolej Profesional BaitulMal (KPB-MAIWP), yang dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Beliau adalah ahli Jawatankuasa Syariah CIMB Islamic dan kini dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Syariah Sun Life Malaysia Takaful Berhad dan MBSB. Sebelum ini, beliau adalah Profesor (Perbandingan Undang-undang & Syariah) serta Pengarah Pusat Perancangan & Kepimpinan Korporat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau dilantik sebagai Felo Prinsipal Kanan di Institut Pengajian Asia Barat, UKM. Beliau juga merupakan Dekan, Fakulti Perniagaan & Perakaunan, Universiti Selangor(UNISEL). Beliau pernah berkhidmat sebagai pegamal undang-undang di Tetuan Abraham & Ooi dan Co sebelum menjadi pensyarah di UKM pada 1996-1998. Beliau adalah seorang Peguam Syariah yang berkelayakan di Negeri Sembilan. Pada masa ini, beliau telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa khas untuk penyelidikan dan perancangan strategik untuk Yayasan Dakwah Malaysia (YADIM) dan ahli jawatankuasa pemandu Waqf Kebangsaan.
Beliau mempunyai lebih daripada 24 tahun pengalaman dalam bidang akademik. Bidang pengkhususan termasuklah Undang-undang Islam, kewangan Islam, Undang-undang Takaful & Insurans, Undang-undang Ekuiti & Amanah dan Undang-Undang dan Etika Perniagaan. Beliau telah menerbitkan pelbagai kertas penyelidikan dan artikel yang berimpak tinggi serta berkesan sebagai kertas dasar untuk pembangunan ekonomi waqf di peringkat antarabangsa. Beliau menerima penghargaan Profesor undang-undang perniagaan terbaik baru-baru ini daripada Golden Globe Tigers 2019, merupakan sebuah persatuan dari world federation of education and academic
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Syariah (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Program sarjana beliau adalah Sarjana Undang-undang Sivil & Perbankan dari University of Bristol, United Kingdom.Kemudian Beliau mendapat ijazah PhD dalam Undang-undang dari fakulti undang-undang, University of Manchester, United Kingdom. Beliau adalah pakar sumber wakaf di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

Kembali