To’ Puan Azian binti Mohd Aziz

Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

YBhg. To’ Puan Azian sebelum ini pernah bertugas sebagai Penasihat Undang-Undang Kementerian Pengangkutan, Peguam Kanan Persekutuan di Bahagian Penasihat dan juga Bahagian Penyelidikan, Jabatan Peguam Negara. YBhg. To’ Puan Azian juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Kanan Penggubal, Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara. Seterusnya beliau bertugas sebagai Penasihat Undang-undang Kementerian Pertahanan dan kemudiannya sebagai Penolong Peguam Cara Perbendaharaan.

Pada tahun 2010, YBhg. To’ Puan Azian telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Jabatan Perdana Menteri dan pada tahun 2012, YBhg. To’ Puan Azian telah dilantik sebagai Peguam Cara Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia.

Pada tahun 2014, YBhg. To’ Puan Azian telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Munisipal) I dan kemudian pada lewat tahun 2016, YBhg. To’ Puan Azian dilantik sebagai Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara.

Mulai 1 November 2018, YBhg. To’ Puan Azian merupakan Ketua Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara.

Kembali