Y.B. TUAN RAMLI DATO’ MOHD NOR

Pengerusi

Y.B. Tuan Ramli Dato’ Mohd Nor telah dilantik sebagai Pengerusi Amanah Raya Berhad bermula 15 Mei 2020.

Y.B. Tuan Ramli merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dengan Kepujian dari Universiti Terbuka Malaysia dan pada ketika ini beliau sedang mengikuti program di peringkat Falsafah Kedoktoran dalam bidang Perniagaan dari Universiti Antarabangsa Malaya-Wales.

Antara pencapaian akademik beliau yang lain adalah Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kelas Pertama) dalam bidang Pengajian Perniagaan dari University of East London, Diploma Sains Kepolisan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Diploma Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi Mara, Certificate in Criminal Justice Education dari University of Virginia, USA dan beliau juga adalah graduan Federal Bureau of Investigation (FBI) National Academy bagi sesi ke- 244, di Quantico, Virginia USA.

Pengalaman Y.B Tuan Ramli dalam perkhidmatan awam selama 38 tahun bermula sejak 1980 di mana beliau pada ketika itu berkhidmat sebagai Pegawai Trafik, Lembaga Pelabuhan Johor.

Beliau seterusnya telah berkhidmat dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bermula pada tahun 1984. Selama 34 tahun dalam PDRM beliau telah menunjukkan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas-tugas kepolisan dan beliau telah bersara sebagai ‘Assistant Commissioner’ pada Oktober 2018.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Cameron Highlands sejak Januari 2019, terlibat dalam berbagai persatuan dan menjalankan kerja-kerja sosial serta menyandang jawatan penting dalam persatuan bukan kerajaan seperti Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia dan merupakan sumber rujukan penting (Key-Person) dalam Badan Penasihat Komuniti Orang Asli di Cameron Highland.

KEMBALI