Soalan Lazim Pengurusan Amanah
 
Am
 
1. Berapakah jumlah minima untuk membuka akaun amanah?
Jumlah minima untuk pembukaan akaun Amanah Biasa adalah sebanyak RM2,000 dan Amanah Safecare adalah RM50,000.
2. Bolehkah saya membuat amanah hartanah bagi rumah saya yang masih berhutang dengan bank?
Amanah hartanah hanya boleh dilaksanakan ke atas hartanah yang bebas hutang dan telah mempunyai geran. Ini adalah bagi tujuan pendaftaran nama AmanahRaya sebagai pemegang amanah kelak.
3. Bolehkah penerima wang amanah enggan menutup akaun amanah dan diletakkan di AmanahRaya sehingga satu masa tertentu atau sehingga penerima memerlukannya kelak?
Akaun amanah tersebut perlu ditutup dan akaun yang baru boleh dibuka di mana penerima akan bertindak sebagai penderma kepada akaun amanah yang baru. Tempoh masa bagi penutupan akaun amanah berkenaan perlu di nyatakan di dalam Surat Ikatan Amanah. Akaun Amanah tersebut akan ditutup sebaik sahaja mencapai tempoh matang sepertimana yang terkandung di dalam Surat Ikatan Amanah.
4. Jika saya menyimpan wang untuk anak saya di dalam Akaun Amanah, bila saya meninggal dunia, adakah waris saya yang lain akan memperolehi wang tersebut?
Tidak. Wang yang tersimpan di dalam akaun Amanah tidak termasuk dalam harta pusaka yang perlu diagihkan menurut Hukum Syarak atau secara Faraid (bagi yang beragama Islam) atau mengikut Akta Pembahagian 1958 (bagi yang bukan beragama Islam).
 
Pengeluaran / Nafkah
 
5. Siapakah yang berhak untuk membuat permohonan pengeluaran wang amanah bagi anak bawah umur?
Permohonan hanya boleh dibuat oleh penjaga yang dilantik samada oleh Mahkamah, AmanahRaya atau melalui persetujuan / pakatan keluarga. Permohonan daripada pihak lain tidak akan diterima.
6. Bagaimanakah cara untuk mengeluarkan wang amanah anak bagi tujuan perbelanjaannya?
Wang amanah boleh dikeluarkan bagi tujuan pembayaran nafkah, pendidikan, perayaan atau apa-apa perbelanjaan lain demi kebajikan anak tersebut. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Bayaran Nafkah dan Lain-Lain Perbelanjaan yang boleh didapati di mana-mana kaunter AmanahRaya atau boleh juga membuat permohonan melalui surat yang dialamatkan ke cawangan AmanahRaya yang berdekatan.
7. Bolehkah wang amanah anak bagi akaun amanah digunakan untuk pembelian rumah bagi tempat tinggal sekeluarga?
Permohonan ini perlu mendapatkan kelulusan pihak pengurusan dan akan diteliti mengikut keperluan pembelian, pendaftaran nama atas geran rumah yang dibeli, jumlah keseluruhan wang amanah samada boleh menanggung pembelian, kebajikan anak tersebut dan lain-lain pertimbangan mengikut kes tertentu. Ini adalah bagi mengelak penyalahgunaan wang
 
Penutupan Akaun
 
8. Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk penutupan akaun yang telah mencapai tarikh matang?
14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh AmanahRaya