Pentadbiran Pusaka merupakan proses mengumpul dan menguruskan aset-aset dan hutang-piutang simati dan mengagihkan Pusaka kepada waris yang berhak.
 

Harta Pusaka merangkumi aset-aset seperti hartanah, harta benda dan pelaburan yang ditinggalkan oleh simati.

Pentadbiran Pusaka yang teliti dapat memastikan waris yang masih hidup mewarisi harta simati. Sekiranya tidak ditadbir dengan baik, pengagihan pusaka akan menjadi satu urusan yang rumit dan memberikan tekanan serta mencetuskan kebimbangan waris.

Mentadbir Pusaka boleh memakan masa selama 3 bulan atau bertahun-tahun bergantung kepada jenis aset dan sebarang pertikaian yang mungkin timbul. Justeru itu, pemilihan Pentadbir sangat penting dalam menguruskan dan mentadbir Pusaka simati.

 

Geran Probet

Geran Probet dikeluarkan oleh Makhamah Tinggi Sivil kepada pentadbir yang dinamakan di dalam Wasiat. Pentadbir mempunyai kuasa untuk mentadbir Pusaka sebaik sahaja Geran Probet dikeluarkan.

 

Surat Kuasa Mentadbir

Surat Kuasa Mentadbir atau Akuan akan dikeluarkan apabila seseorang itu meninggal dunia tanpa Wasiat.

 
Di Malaysia, terdapat 3 institusi yang mempunyai kuasa mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir iaitu Mahkamah Tinggi Sivil, AmanahRaya dan Unit Pembahagian Pusaka Kecil. AmanahRaya mengeluarkan Surat Kuasa dalam bentuk Akuan atau Arahan seperti yang dilindungi oleh Akta Perbadanan Amanah Raya 1995.
 
Hubungi KamiMuat turun borangSoalan Lazim Soalan Lazim Penamaan Amanah Raya bagi simpanan di KWSP
AmanahRaya mempunyai bidang kuasa khusus dalam Pentadbiran Pusaka
 
AmanahRaya mempunyai bidang kuasa khusus untuk mentadbir Pusaka bagi membolehkan proses yang lancar dapat dilaksanakan.
AmanahRaya adalah sebuah institusi yang dilindungi oleh Akta Perbadanan AmanahRaya 1995.

Seksyen 17(1) Akta Perbadanan AmanahRaya 1995

  • AmanahRaya boleh mengeluarkan Surat Kuasa dalam bentuk Akuan dengan perincian aset bagi harta alih* bernilai tidak lebih RM600,000.
  • Akuan ini tertakluk kepada Faraid bagi orang Islam dan Akta Pembahagian 1958 bagi orang bukan Islam atau tertakluk kepada persetujuan semua waris seperti yang ditetapkan.

Seksyen 17(2) Akta Perbadanan Amanah Raya 1995

  • Bagi harta alih* RM 50,000 ke bawah, AmanahRaya boleh mengeluarkan Surat Kuasa dalam bentuk Arahan untuk mengarahkan pembayaran kepada waris yang berhak.
  • Waris perlu mengemukakan arahan tersebut kepada pihak bank untuk menerima bayaran.

Seksyen 8 Akta Pembahagian Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955

  • Pusaka Kecil merujuk kepada harta simati yang terdiri daripada harta tak alih sepenuhnya atau sebahagiannya dan tidak melebihi RM2 juta.
  • AmanahRaya boleh memfailkan pemohonan kepada Unit Pembahagian Pusaka Kecil untuk dilantik sebagai Pentadbir atau memohon perintah pembahagian untuk harta alih dan harta tak alih.

Seksyen 13 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995

AmanahRaya boleh memfailkan petisyen di Makhamah Tinggi bagi :

  • Mentadbir Pusaka yang mengandungi harta alih* dan harta tak alih* atau harta alih sahaja bernilai lebih RM600,000.
  • Mendapatkan Geran Probet bagi Pusaka Berwasiat.
  • Mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir bagi simati yang meninggal dunia tanpa Wasiat.
  • Menggantikan pentadbir terdahulu yang telah meninggal dunia sebelum Pentadbiran Pusaka dilaksanakan.
  • Menggantikan Pentadbir terdahulu yang gagal menyelesaikan Pentadbiran Pusaka.
  • Menggantikan Pentadbir yang menolak pelantikan yang dipilih oleh simati.
*harta alih ; wang tunai,akaun simpanan bank, saham, unit amanah

**harta tak alih : tanah,bangunan

Pentadbiran Harta Pusaka di Sarawak

Pentadbiran Harta Pusaka di Sarawak mengikut “Administration Of Estates Ordinance, Chapter 80” yang mana AmanahRaya, Kuching berfungsi sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan Surat Kuasa dan Geran Probet bagi bukan bumiputera di Kuching sahaja. ¬†Manakala bagi daerah-daerah lain selain daripada Kuching, Surat Kuasa Mentadbir dan Geran Probet dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dalam jajahan masing-masing.
Proses Pentadbiran Pusaka di AmanahRaya

Milikan Penuh Kerajaan

 

Akta Perbadanan Amanah Raya 1995

Jenis Pusaka

 

Berwasiat & Tidak Berwasiat

Rangkaian

 

18 cawangan di seluruh negara

Pengeluaran Surat Kuasa

 

Surat Kuasa Arahan & Surat Kuasa Akuan

Siasatan

 

Menyiasat pemilikan aset & liabiliti simati dengan pihak ketiga

Menghadiri Perbicaraan

 

AmanahRaya menghadiri perbicaraan

Penghasilan Aset

 

Pengumpulan aset secara efisyen

Penyelesaian Liabiliti

 

Mengutamakan penyelesaian hutang

Bon Tanggung Rugi

 

Dikecualikan daripada sebarang bon tanggung rugi

Bidang Kuasa Khas

 

Melindungi waris bawah umur & orang kelainan upaya

Kelebihan melantik AmanahRaya sebagai Pentadbir Pusaka
 

Khidmat nasihat percuma

AmanahRaya menawarkan khidmat nasihat secara percuma menerusi 18 cawangan di seluruh negara

Syarikat yang kukuh dan boleh dipercayai

AmanahRaya berpengalaman lebih 90 tahun menguruskan Pentadbiran Pusaka

Pentadbiran terus

AmanahRaya mempunyai bidang kuasa mentadbir pusaka secara terus

Fi yang berpatutan

AmanahRaya menyediakan perkhidmatan Pentadbiran Pusaka pada kadar fi yang berpatutan

Perkhidmatan setempat

AmanahRaya merupakan Pusat Setempat bagi melaksanakan Perancang Pewarisan anda

This is a demo store for testing purposes — no orders shall be fulfilled. Dismiss