Soalan Lazim Pentadbiran Pusaka
PERMOHONAN
Walaubagaimanapun, dinasihatkan permohonan dibuat dengan segera atau sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh kematian simati.
Ini bagi mengelakkan berlakunya kemungkinan kematian berlapis atau risiko kehilangan dokumen penting yang akan merumitkan lagi urusan permohonan dan/atau pentadbiran harta pusaka simati.
Borang permohonan dan senarai dokumen sokongan yang diperlukan boleh dimuat turun daripada laman web rasmi AmanahRaya di www.amanahraya.my
Perlu diingatkan bahawa tempoh masa pemprosesan ini juga bergantung kepada maklum balas dan kerjasama daripada waris dan pihak ketiga yang berurusan dengan Amanah Raya.
Struktur Fi Pentadbiran Pusaka
5% |
bagi RM25,000 yang pertama |
4% |
bagi baki yang berikutnya sehingga RM225,000 |
3% |
bagi baki yang berikutnya sehingga RM250,000 |
2% |
bagi baki yang berikutnya sehingga RM500,000 |
1% |
bagi baki selebihnya |
Contoh pengiraan fi bagi Pentadbiran Pusaka bernilai RM1,000,000
Peratusan |
Butiran | RM |
Catatan |
5% |
Bagi RM25,000 yang pertama | 1,250 | (RM25,000 x 5%) |
4% |
Bagi baki yang berikutnya sehingga RM225,000 | 9,000 | (RM225,000 x 4%) |
3% |
Bagi baki yang berikutnya sehingga RM250,000 | 7,500 |
(RM250,000 x 3%) |
2% | Bagi baki yang berikutnya sehingga RM500,000 | 10,000 |
(RM500,000 x 2%) |
1% | Bagi baki selebihnya | 0 |
|
|
JUMLAH FI (RM) |
27,750 |
Fi yang dikenakan adalah dibenarkan oleh undang-undang di bawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 dan Akta Probet dan Pentadbiran 1959.
PEMBAHAGIAN
Sekiranya simati adalah seorang Islam, waris-waris yang berhak ialah sebagaimana ditetapkan di bawah Faraid seperti bapa, ibu, isteri, suami, anak lelaki, anak perempuan, cucu lelaki, cucu perempuan dan sebagainya.
Bagi simati yang bukan beragama Islam, waris-waris yang berhak adalah sebagaimana dinyatakan di bawah Akta Pembahagian 1958 iaitu seperti ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak dan zuriat / keturunan (issues) dan selainnya.
Sekiranya jumlah harta pusaka adalah melebihi RM100,000.00 dan/atau terdiri dari harta tak alih maka Sijil Faraid adalah mandatori.
AM
Amanah Raya Berhad | Harta Pusaka meliputi Harta Alih bernilai tidak melebihi RM600,000.00. |
Seksyen Pembahagian Pusaka | Harta Pusaka meliputi Harta Alih dan Harta Tak Alih bernilai tidak melebihi RM2,000,000.00 |
Mahkamah Tinggi | Harta Pusaka meliputi Harta Alih dan Harta Tak Alih bernilai melebihi RM2,000,000.00 |
Walaubagaimanapun, waris boleh melantik AmanahRaya sebagai Pentadbir bagi apa jua jenis dan nilai aset dan AmanahRaya akan menguruskannya sehingga selesai pentadbiran.
Sehubungan itu, AmanahRaya hanya boleh membuat pentadbiran ke atas aset kenderaan tersebut sekiranya terdapat aset simati yang lain yang mempunyai nilai untuk membayar baki hutang kenderaan tersebut. Di dalam keadaan ini, AmanahRaya akan berurusan dengan institusi perbankan yang berkaitan bagi menyelesaikan hutang kenderaan tersebut.
Secara alternatif, waris-waris juga mempunyai pilihan untuk membuat pembiayaan ke atas kenderaan tersebut (‘second-hand vehicle financing’) atau menjual kenderaan tersebut kepada pihak ketiga, kedua-dua pilihan ini adalah tertakluk kepada kebenaran bertulis institusi perbankan yang berkaitan.
Setelah Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan, pentadbir akan menyelesaikan baki hutang terlebih dahulu melalui aset pusaka simati yang lain yang mempunyai nilai untuk membayar hutang tersebut. Sekiranya hutang/pinjaman ke atas aset tersebut dilindungi oleh Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA)/Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT), maka ianya akan digunakan untuk menyelesaikan hutang tersebut tertakluk kepada jumlah perlindungan yang diberikan.
Sekiranya, aset simati/MRTA/MRTT tidak mencukupi untuk menyelesaikan keseluruhan hutang tersebut, pemiutang/pemegang gadaian mempunyai hak untuk menghalang tebus (foreclose) / melelong aset tersebut.
Hasil lelongan setelah ditolak jumlah terhutang simati (jika ada) akan diserahkan kepada Pentadbir untuk dibahagikan kepada waris-waris yang berhak.
Wang pencen yang diterima semasa hayatnya adalah sebahagian daripada harta pusaka dan wang pencen yang diterima selepas kematiannya adalah hak milik kerajaan Malaysia.
Bagi orang yang bukan beragama Islam, wasiat itu adalah sah selama ia mematuhi semua syarat dan peruntukan yang terkandung di dalam Akta Wasiat 1959 dan pengesahan wasiatnya tidak dicabar oleh mana-mana waris/pihak.
Bagi orang yang beragama Islam, simati hanya boleh mewasiatkan tidak lebih daripada 1/3 daripada harta pusakanya kepada pihak- pihak lain selain waris (dengan persetujuan atau tanpa persetujuan waris).
Simati yang meninggalkan harta tanpa wasiat dipanggil harta pusaka tak berwasiat.
Berbanding harta pusaka tanpa wasiat, perlantikan pentadbir adalah tertakluk kepada persetujuan kesemua waris / ketentuan mahkamah dan ini boleh mengundang kepada risiko perbalahan di antara waris-waris yang menyebabkan proses pentadbiran berlanjutan ke satu tempoh yang lebih lama.
Selain daripada itu, terdapatnya peruntukan undang-undang yang memerlukan dua penjamin bagi mendapatkan surat kuasa mentadbir bagi harta pusaka yang tidak berwasiat.
Setiap penjamin perlu mempunyai aset bersamaan nilai kasar harta pusaka simati. Ini pastinya menyukarkan dan melewatkan proses pentadbiran harta pusaka.
AmanahRaya walau bagaimanapun dikecualikan oleh undang-undang daripada keperluan untuk memberikan jaminan ke atas pusaka yang ditadbirnya.