Halaman Utama / Tentang / Profil Korporat

Profil Korporat

Amanah Raya Berhad mempunyai pengalaman melebihi 100 tahun dalam industri Perancangan Pewarisan, dan sentiasa komited untuk mengekalkan kedudukan kami sebagai peneraju industri pewarisan melalui keupayaan kami dalam menyediakan perkhidmatan Wasiat, Amanah, dan Pusaka buat semua rakyat Malaysia melalui 20 rangkaian cawangan di seluruh negara.

Berbekalkan kakitangan yang cekap dan berwibawa, serta berpandukan kepada Akta Perbadanan Amanah Raya 1995, kami berusaha untuk membantu rakyat Malaysia untuk menyediakan Perancangan Pewarisan terbaik untuk masa hadapan keluarga tersayang.

Kerjasama yang sedia terjalin dengan agensi Kerajaan, rakan strategik yang terdiri daripada institusi perbankan dan insuran telah membolehkan kami untuk menawarkan instrumen pewarisan yang menyeluruh.

Visi

Menjadi sebuah institusi yang menawarkan perkhidmatan Perancangan Pewarisan yang dipercayai, cemerlang dan profesional di samping memenuhi tanggungjawab sosial.

Misi

Kami memastikan kecekapan operasi dan keuntungan seiring dengan pemain industri lain.

Kami menawarkan perkhidmatan professional, terbaik dan cemerlang kepada semua pelanggan.

Kami berusaha untuk mewujudkan budaya kerja dan persekitaran yang memberi inspirasi kepada peningkatan prestasi kerja.

Kami menawarkan penyelesaian menyeluruh dan berinovasi bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Kami komited untuk mengekalkan keupayaan dan kedudukan sebagai syarikat sebagai peneraju perkhidmatan Perancangan Pewarisan