Kempen “AMANAHRAYA WE CARE” Ruangan Khas Satu Keluarga Satu Tujuan Berita Harian

KUALA LUMPUR, 17 Jun 2010 – Amanah Raya Berhad hari ini menandatangani perjanjian dengan Berita Harian Sdn Bhd untuk membeli sejumlah 3,500 naskhah Berita Harian setiap minggu selama 52 minggu untuk diagih-agihkan kepada 700 buah masjid di seluruh Semenanjung Malaysia. Perjanjian itu  menyaksikan AmanahRaya melalui BHSB akan mengagihkan secara percuma 182,000 naskhah Berita Harian selama setahun.

Perjanjian itu juga menyaksikan Berita Harian memperuntukkan satu muka surat penuh pada setiap hari Jumaat kepada AmanahRaya untuk memaparkan kes-kes terpilih yang telah diolah semula bagi tatapan masyarakat.

Projek ini  adalah sebahagian adalah kepen AMANAHRAYA We Care yang menumpukan kepada masyarakat umum sebagai sasaran utama.

“Media iaitu Berita Harian digunakan kerana media berpengaruh dalam menyampai dan menyebarkan maklumat yang dikehendaki khususnya tanggungjawab syarikat dalam menangani masalah pentadbiran pusaka, sebagai wasi dan juga pemegang amanah.    Penggunaaan bahasa yang mudah juga diharapkan dapat meningkatkan pemahaman di kalangan sasaran” kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AmanahRaya, Puan Alina Hashim.

Alina berkata demikian selepas menandatangani perjanjian tersebut bersama-sama Datuk Mior Kamarul Shahid, Pengarang Kumpulan BHSB dan Encik Azman Che Chin, Pengurus Besar, Pengedaran .

Menurut Alina, kes-kes terpilih akan diolah semula dengan merahsiakan butiran-butiran penting lagi sulit agar tidak menyinggung mana-mana pihak.  Pemilihan kes yang akan diketengahkan di buat berdasarkan keberangkalian & kekerapan secara random agar perkara yang sama tidak dapat dihindarkan. Iannya juga diterliti dan ditapis beberapa peringkat untuk menjaga kerahsiaannya.

Perlaksaan projek itu bertujuan untuk:

  • Meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap peranan AmanahRaya sebagai Pentadbir Pusaka, Pemegang Amanah, Wasi serta tugas-tugas utama berdasarkan perniagaan teras.
  • Memberi gambaran bahawa setiap kes pentadbiran pusaka melibatkan pelbagai pihak.
  • Menerangkan peranan yang dipikul oleh AmanahRaya dalam mengendalikan pentadbiran pusaka & juga pemegangan amanah.
  • Memberi pemahaman bagaimana pentadbiran dilaksanakan dan diselesaikan di AmanahRaya.
  • Memaklumkan kepada masyarakat bahawa pentadbiran pusaka berwasiat walaupun rumit dan kompleks, tetapi boleh ditangani dengan kelebihan-kelebihan tersendiri kerana perancangan awal mengenai perwarisan telah dibuat.
846