LANTIKAN AMANAHRAYA SEBAGAI PENAMA WANG CARUMAN AHLI KWSP OLEH PENGURUSAN KANAN

NOTA EDITOR

LANTIKAN AMANAHRAYA SEBAGAI PENAMA WANG CARUMAN AHLI KWSP OLEH PENGURUSAN KANAN

Kuala Lumpur, 9 Januari 2018- Pengurusan Kanan Kumpulan AmanahRaya hari ini telah mengambil inisiatif memulakan langkah pertama bagi menamakan AmanahRaya sebagai penama kepada wang caruman Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka.  Proses tersebut didahului oleh YBrs Encik Adenan Md Yusof, Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya diikuti oleh barisan Pengurusan Kanan Kumpulan AmanahRaya. Pelantikan ini merupakan inisiatif proaktif Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa AmanahRaya sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. YBrs Adenan Md Yusof, Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya berkata ” Sebagai salah sebuah agensi milik penuh kerajaan, setiap ahli pencarum KWSP diberi pilihan untuk melantik AmanahRaya sebagai penama/pentadbir atau pemegang amanah kepada wang caruman KWSP mereka bagi memudahkan pengagihan simpanan kepada waris apabila ahli meninggal dunia. Ini boleh memberi manfaat terutamanya kepada ahli yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun dan Orang Kurang Upaya. Pilihan ini adalah tambahan kepada hak sedia ada ahli untuk melantik mana-mana individu sebagai penama.” Pelantikan AmanahRaya sebagai penama atau pemegang amanah yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2018, membuktikan bahawa AmanahRaya mampu memberikan keyakinan dan kepercayaan penuh kepada masyarakat pada masa akan datang tambahannya lagi.” Program pelantikan AmanahRaya sebagai Penama wang caruman Ahli KWSP pada pagi ini turut dihadiri oleh lebih kurang 20 orang barisan Pengurusan Kanan Kumpulan AmanahRaya.

TAMAT

576