LAWATAN RASMI YB DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID KE AMANAHRAYA

Kuala Lumpur, 18 Disember 2017- Amanah Raya Berhad ( AmanahRaya) hari ini menerima lawatan rasmi YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang disertai oleh YBhg Tan Sri Sabbaruddin Chik, Pengerusi Amanah Raya Berhad dan YBrs Encik Adenan Md Yusof, Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya di Wisma AmanahRaya. Lawatan Rasmi ini merupakan yang pertama kali sejak YB Dato’ Sri Azalina Othman menggalas mandat sebagai Menteri Kawal Selia Amanah Raya Berhad.

YBhg Tan Sri Sabbaruddin Chik, Pengerusi Amanah Raya Berhad dalam ucapannya berkata ” Sebagai salah sebuah agensi milik penuh kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc), majlis lawatan rasmi ini merupakan salah satu penghormatan bagi kami dengan untuk mengenali AmanahRaya dengan lebih dekat seterusnya menyuntik semangat kepada semua pegawai Amanah Raya Berhad umumnya dan khususnya pegawai-pegawai di sini untuk sama – sama mencapai prestasi yang lebih membanggakan .”

YB Dato’ Sri Azalina dalam ucapannya memaklumkan bahawa beliau menyokong penuh usaha- usaha AmanahRaya bagi meningkatkan kesedaran Perancangan Pewarisan demi membantu rakyat. Initiatif seperti kolaborasi dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Persatuan Insuran Am Malaysia adalah amat dialu-alukan.

Selain itu, lawatan rasmi Yang Berhormat bukan sahaja untuk mendapatkan penerangan dengan lebih jelas dan mengenai AmanahRaya malah sekaligus merasmikan kapsul iklan terbaru AmanahRaya pada tahun ini.

Majlis lawatan rasmi pada pagi ini turut dihadiri oleh barisan Ketua Pengarah Agensi-agensi Kerajaan, barisan Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Kanan, Ketua-ketua Bahagian, Ketua Cawangan dan seramai 300 warga kerja Kumpulan AmanahRaya.

TAMAT

318