ZIARAH KASIH AMANAHRAYA BERSAMA PUSAT JAGAAN MAHMUDAH

Kuala Lumpur, 7 April 2018 – Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) hari ini mengadakan program ziarah kasih bersama penghuni Pusat Jagaan Mahmudah di Semenyih,Selangor. Program yang dihadiri oleh YBrs Encik Adenan Md Yusof, Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya dan barisan pengurusan kanan syarikat ini merupakan salah satu inisiatif AmanahRaya bagi mendekati masyarakat khususnya golongan yang memerlukan bantuan dan wajar diberi perhatian.

 

YBrs Encik Adenan Md Yusof, Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya Berhad semasa ucapan aluannya berkata ” program seumpama ini diwujudkan atas dasar keprihatinan AmanahRaya kepada masyarakat selain bertujuan untuk memupuk nilai murni warga kerja kumpulan AmanahRaya. ”

Pada majlis tersebut, AmanahRaya turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 bagi Akaun Amanah yang ditubuhkan khas oleh AmanahRaya untuk pusat jagaan ini selain daripada keperluan lain penghuninya.

Encik Adenan berkata, “ kami mengharapkan agar selepas ini lebih ramai masyarakat di Malaysia akan tampil memberikan sumbangan kewangan bagi membantu menguruskan Pusat Jagaan ini.” Tambah beliau, sumbangan boleh disalurkan melalui Tabung Amanah iaitu                                              ‘ARB – Tabung Amanah Pusat Jagaan Mahmudah’ (Malayan Banking Berhad : 564155557198).

Program yang berakhir pada jam 4 petang tersebut disertai lebih 100 warga kerja kumpulan AmanahRaya yang bersama-sama menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan pusat jagaan dan membantu menyediakan hidangan makan tengahari untuk dinikmati bersama 57 penghuni dan sukarelawan pusat berkenaan.

TAMAT

 

972