Amanah Raya Berhad x PPZ-MAIWP MoU

August 6, 2025

AmanahRaya dan PPZ-MAIWP kini berganding bahu melalui pemeteraian MoU strategik hari ini di ibu kota, untuk meningkatkan dan memperkasa kesedaran pengurusan zakat dan perancangan harta pusaka di Malaysia. Usaha ini menyasarkan penyediaan perkhidmatan holistik seperti rundingan zakat & wakaf, kaunter digital serta insentif eksklusif seperti Kad Setia Hospital Pusrawi kepada pelanggan AmanahRaya yang membayar zakat.
 
Kerjasama ini juga membuka peluang besar kepada masyarakat Islam untuk memanfaatkan perkhidmatan perancangan pewarisan seperti wasiat, hibah dan amanah secara lebih mudah dan berkesan. Kerjasama mencerminkan visi lebih besar ke arah membina ekosistem ekonomi Islam yang kukuh, mampan dan progresif.