Agihan bubur lambuk AmananRaya x Intermark Mall

March 20, 2025

AmanahRaya meneruskan tradisi agihan bubur lambuk kepada pelanggan dan orang ramai sekitar kawasan Vista Tower, Intermark Mall, Jalan Tun Razak. Edaran adalah berkonsepkan ‘Pandu Lalu’ kepada orang ramai yang menggunakan laluan Jalan Tun Razak dan Jalan Ampang.
 
Sebanyak 2,000 set bubur lambuk, kurma, kekacang dan air mineral diagihkan menerusi program Rezeki Ramadan 1446H yang merupakan sebahagian daripada aktiviti CSR syarikat yang pada kali ini diadakan dengan kerjasama Intermark Mall.
 
Pengarah Urusan Kumpulan, Amanah Raya Berhad, Ahmad Feizal Sulaiman Khan yang turut serta dalam program Rezeki Ramadan menjelaskkan bahawa aktiviti ini merupakan platform komunikasi di antara AmanahRaya dengan masyarakat sekitar selain daripada mengambil keberkatan sempena bulan Ramadan yang mulia ini.