AmanahRaya Anjur ‘CSR Love & Care’ Santuni Nelayan Darat Negeri Pahang Darul Makmur

October 1, 2025

AmanahRaya melalui Yayasan AmanahRaya telah menyalurkan bantuan melebihi RM400,000 kepada golongan asnaf nelayan darat, mangsa kebakaran, pelajar UNIPSAS, dan asnaf terpilih MUIP dalam program CSR di Pahang.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah di Kampung Padang Rumbia, Pekan Pahang.

Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku dan Kebawah Duli Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj ke majlis ini mencerminkan keprihatinan tinggi Institusi Diraja dalam membantu rakyat yang memerlukan, khususnya golongan nelayan darat, pelajar asnaf dan keluarga berpendapatan rendah.

Turut terlibat dalam inisiatif ini termasuk pihak YAB Menteri Besar Pahang, Jabatan Perikanan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Majlis Ugama Islam dan Adam Resam Melayu Pahang dan komuniti Kampung Padang Rumbia atas kerjasama menjayakan program tersebut.