Kumpulan AmanahRaya hari ini telah melaksanakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi tahun 2025 menerusi program ‘AmanahRaya Care-Save Tuba, Love Tuba yang disertai seramai 60 Sukarelawan Kumpulan AmanahRaya.
Antara aktiviti CSR yang diadakan adalah penanaman 150 anak pokok bakau yang dilaksanakan bertujuan untuk menyokong aktiviti pemeliharaan ekosistem bakau selain turut diadakan sesi penyerahan simbolik mock cheque wakaf sebanyak RM 50,000.00 kepada Masjid Bagan Nyior dan serahan zakat wakalah kepada 90 orang di komuniti Pulau Tuba, Langkawi.