AmanahRaya Perkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian Alam Dan Pemerkasaan Komuniti Menerusi Program Prihatin Mersing

August 10, 2026

Tuan Haji Jamil Hasni bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing (tiga dari kiri) bersama-sama Dato’ Haji Chee Pee bin Samsuddin, Pengerusi Yayasan AmanahRaya (lima dari kiri), menghulurkan cek cura kepada Al-Fadhil Ustaz Mohd Syafiq bin Mohd Said, Amin Baitulmal, Majlis Daerah Mersing (empat dari kiri), diiringi oleh Tuan Zainuddin bin Suhaimi, Ketua Pegawai Eksekutif AmanahRaya Trustees Berhad (paling kiri) dan Tuan Jack Yap Ngee Heong, Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya.

Kumpulan AmanahRaya telah menyumbangkan hampir RM200,000 kepada pelbagai komuniti di Mersing, Johor pada 10 hingga 11 Ogos 2026. Sumbangan tersebut merangkumi jaket keselamatan, sumbangan tunai dan sebuah motosikal peronda kepada komuniti nelayan Pulau Tinggi; tajaan mural di Jalan Abu Bakar; bantuan kepada pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS), iaitu Rumah Batik Sri Wangsa dan pengusaha minyak kelapa dara; komputer riba kepada pelajar terpilih di daerah Mersing; lampu solar kepada Kampung Orang Asli Labong; dan sumbangan tunai kepada keluarga asnaf di daerah Mersing.

Sukarelawan Kumpulan AmanahRaya bersedia untuk mengecat mural “Mesmerising Mersing” di Jalan Abu Bakar, Mersing pada 11 Ogos 2026. Mural bertemakan kehidupan akuatik itu merupakan salah satu sumbangan AmanahRaya dalam usaha menceriakan landskap bandar dan menyokong pembangunan komuniti setempat di Mersing, Johor.