AmanahRaya, melalui Yayasan AmanahRaya, meraikan Ramadan bersama anak-anak Rumah Kasih Nurul Hasanah dalam satu majlis berbuka puasa di The Intermark Mall.
Majlis ini juga menyaksikan pelancaran kempen ‘Rymba Raya by Intermark Mall’, yang memberi semangat bulan penuh barakah ini. Anak-anak tersebut menerima sumbangan kewangan dan bantuan daripada AmanahRaya serta rakan niaga mall untuk persiapan Aidilfitri.