CSR Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) & AmanahRaya Trustees Berhad (ART) menerusi tajaan 400 benih terumbu karang yang diusahakan oleh Malaysia Tidal Garden Association (MTGA) | 21-23 Jun 2024 Pulau Redang

June 21, 2024

Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) dan Anak Syarikatnya, AmanahRaya Trustees Berhad (ART) telah melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menerusi tajaan 400 benih terumbu karang yang diusahakan oleh Malaysia Tidal Garden Association (MTGA).

Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Ahmad Feizal Sulaiman Khan dalam kenyataannya berkata, ‘AmanahRaya dan ART sentiasa komited untuk memberikan sokongan penuh terhadap aktiviti memperkasa pemuliharaan ekosistem laut dan alam sekitar.

Seramai 65 sukarelawan diberi pendedahan ilmu ‘Coral Farming’ yang melibatkan penjagaan dan pembiakan spesis terumbu karang.

Selain itu, beberapa aktiviti lain seperti pelepasan sebanyak 120 ekor anak penyu dan pembersihan pantai turut diadakan bagi memupuk kesedaran terhadap kepentingan memelihara ekosistem sumber marin dan alam sekitar.

Program ini juga telah mendapat sokongan daripada Ketua Balai Polis, Pulau Redang, Sub Inspektor Roslee Bin Yaacub bersama lebih 8 anggota yang bersama-sama sukarelawan sepanjang program tersebut berlangsung.