Amanah Raya Investment Management Sdn Bhd (ARIM) telah menunaikan ibadah korban sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat sekitar Kampung Jenderam Hulu, Sepang, Selangor, sempena Aidiladha ini.
Program yang diadakan di Masjid Ar-Redha Kampung Jenderam Hulu tersebut diadakan dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) di mana ARIM telah menaja tiga (3) ekor lembu untuk dikorbankan dan daging korban berkenaan telah diagihkan kepada lebih 300 orang golongan B40 penduduk sekitar Kampung Jenderam Hulu. Sementara itu, 21 orang Asnaf berpeluang mendapat manfaat atau menjadi peserta korban tajaan ARIM tersebut.
Seramai lebih kurang 110 orang tenaga kerja turut serta menjalankan ibadah korban yang terdiri daripada kakitangan ARIM, LZS dan pihak masjid serta orang kampung setempat.