Kumpulan AmanahRaya di Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Putrajaya

June 5, 2024

Kumpulan AmanahRaya di sekitar majlis peluncuran Modul Latihan Kenegaraan Malaysia Madani Anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 5 Jun 2024 di Perbadanan Putrajaya. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
 
Modul ini meliputi pelbagai aspek kenegaraan seiring dengan matlamat gagasan Malaysia Madani menerusi gabungan metode tradisional dan digital mampu menarik minat generasi muda membangunkan negara bangsa Malaysia Madani.