Majlis Menandatangani Perjanjian Kolaborasi Strategik Amanah Raya Berhad dan Syarikat Perumahan Negara Berhad

April 5, 2024

Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) dan Syarikat Perumahan Negara Malaysia (SPNB) hari ini telah memeterai Perjanjian Kolaborasi Strategik dengan tema “Amanah Terpelihara, Kediaman Terbina”, yang disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri Malaysia hari ini.

Perjanjian ini bakal memanfaatkan rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.00 yang berjaya memohon Rumah Mesra Rakyat SPNB, di mana pemilik akan secara automatik ditawarkan produk-produk terpilih AmanahRaya sebagai Perancangan Pewarisan seperti Hibah dan Wasiat ke atas rumah tersebut.

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Encik Ahmad Feizal Sulaiman Khan dan Encik Zahanuddin Kamarudin, Ketua Pegawai Eksekutif (Memangku) SPNB, disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Amanah Raya Berhad Tan Sri Idrus bin Harun dan Pengerusi SPNB Datuk Husam Musa.