Majlis Penyampaian Cek Penerima Sumbangan Wang Zakat Wakalah daripada Yayasan AmanahRaya

December 5, 2024

Putrajaya

Yayasan AmanahRaya hari ini telah menyampaikan sumbangan kepada Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bagi membantu meringankan beban kewangan mereka yang memerlukan terutama golongan ibu tunggal.

Penyerahan cek sumbangan ini disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, YBrs Encik Ahmad Feizal Sulaiman Khan kepada Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM, YBhg. Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain. Turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri,YBhg. Datuk Abd Shukur Mahmood.