Majlis Perasmian Kompleks Akademik Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI)

January 3, 2025

Sekitar Majlis Perasmian Kompleks Akademik Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) yang telah berlangsung di Kuala Lumpur pagi ini.
 
AmanahRaya Trustees Berhad telah menyumbangkan cek zakat perniagaan berjumlah sebanyak RM 1,067,000.00 kepada Pusat Pungutan Zakat PPZ MAIWP, bagi membantu golongan memerlukan. Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut sumbangan zakat yang melebihi RM3 juta memberi manfaat kepada asnaf, pelajar UCMI, dan penerima zakat yang layak.
 
Majlis telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar, Menteri di jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), diiringi oleh En. Ahmad Feizal Sulaiman Khan, Pengarah Urusan Amanah Raya Berhad dan En. Zainudin Suhaimi, Ketua Pegawai Eksekutif AmanahRaya Trustees Berhad. Turut hadir ahli Lembaga Pengarah AmanahRaya Trustees Berhad.