Misi Bantuan Banjir 2024 | Kedah & Kelantan

December 14, 2024

14- 16 Disember 2024 | Sik, Kedah & Kota Bharu, Kelantan
Kumpulan AmanahRaya melancarkan misi bantuan pasca banjir, “AmanahRaya Care,” sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR). Bantuan disalurkan ke kawasan-kawasan yang terjejas banjir di negeri Kedah dan Kelantan antara 14- 16 Disember 2024. Bantuan tersebut merangkumi keperluan asas seperti tikar, bantal, selimut, makanan, dan barangan lain dengan nilai keseluruhan sekitar RM140,000 untuk hampir 1,000 mangsa banjir.
Bantuan ini diharap meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir dan inisiatif ini bertujuan untuk menunjukkan komitmen pihak pengurusan serta dan warga kerja terhadap masyarakat yang terkesan, selain menanamkan semangat empati dan kemanusiaan dalam kalangan pekerja.

Kumpulan AmanahRaya turut akan memantau perkembangan situasi banjir dan bersedia menghadapi kemungkinan gelombang kedua yang dijangka berlaku. Tiga anak syarikat AmanahRaya, iaitu AmanahRaya Trustees Berhad, AmanahRaya Kenedix-REIT Manager Sdn. Bhd., dan AmanahRaya Investment Management Sdn. Bhd., dan juga Yayasan AmanahRaya turut terlibat dalam misi bantuan ini.