Halaman Utama / Anak Syarikat

Anak Syarikat

Terokai portfolio perniagaan dan perkongsian strategik kami yang pelbagai — aset kami yang amat berharga dalam memperluaskan kepakaran kami bagi memenuhi keperluan pelanggan kami.

AmanahRaya Trustees Berhad

AmanahRaya Trustees Berhad mempunyai pengalaman selama lebih 50 tahun sebagai Pemegang Amanah kepada syarikat-syarikat korporat.

Perkhidmatan peramanahan korporat yang ditawarkan termasuk Tabung Unit Amanah, Tabung Dana Jualan Borong, Amanah Pelaburan Hartanah (REIT), Dana Skim Persaraan Swasta dan terbitan Bon Korporat atau Sukuk. Di samping itu, AmanahRaya Trustees juga menjadi Pemegang Amanah kepada lebih dari 200 Tabung Unit Amanah dengan nilai melebihi RM360 bilion.

Alamat:

Level 14, Wisma AmanahRaya,
No 2  Jalan Ampang,
50508 Kuala Lumpur

No. Talian Pejabat:

Tel: 603-2036 5129
Fax: 603-2072 0320

AmanahRaya Investment Management Berhad

Amanahraya Investment Management Sdn Bhd, merupakan sebuah syarikat Pengurusan Dana yang diluluskan dan dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) sejak tahun 1995. Sebagai anak syarikat milik penuh Amanah Raya Berhad, AmanahRaya Investment Management Sdn.Bhd komited untuk menyampaikan kecemerlangan dan integriti dalam industri kewangan.

AmanahRaya Investment Management Sdn.Bhd memperoleh lesen unit amanah pada Disember 2009 dan sehingga 31 Julai 2023, jumlah nilai pelaburan yang diurus adalah melebihi RM7 bilion yang merangkumi ekuiti, pendapatan tetap, pelaburan alternatif, dan instrumen pasaran wang jangka pendek serta pelbagai peluang pelaburan lain yang komprehensif.

Alamat:

7th & 8th Floor, Wisma AmanahRaya
2 Jalan Ampang,
50508 Kuala Lumpur

No. Talian Pejabat:

Tel: 603-2687 5200
Fax: 603-2687 5300

AmanahRaya-Kenedix REIT Manager Sdn. Bhd.

AmanahRaya-Kenedix REIT Manager Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai AmanahRaya-REIT Managers Sdn. Bhd.), merupakan anak syarikat milik sebahagian Amanah Raya Berhad dan KDA Capital Malaysia Sdn. Bhd., pengurus kepada AmanahRaya REIT.

Tanggungjawab utama AmanahRaya-Kenedix REIT Manager Sdn. Bhd. ialah untuk menguruskan strategi pelaburan AmanahRaya REIT bagi mencapai objektif pelaburannya dengan menyedia dan mengurus AmanahRaya REIT bagi pihak pemegang unit,selaras dengan Garis Panduan mengenai Amanah Pelaburan Hartanah Berlesen oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia Securities Berhad.

Alamat:

Level 46, Vista Tower, The Intermark,
348, Jalan Tun Razak, 50400
Kuala Lumpur

No. Tel Pejabat:

Tel: 603-2078 5808/03-2078 0898
Fax: 603-2026 6322/03-2026 5322