Halaman Utama / Perkhidmatan / Pengurusan Amanah

Pengurusan Amanah

Pelan perlindungan ke atas harta yang anda miliki untuk memberikan kestabilan kewangan buat insan yang anda sayangi.

PENGENALAN

Apa itu Pengurusan Amanah?

Pengurusan Amanah memberikan jaminan bahawa harta alih dan tidak alih anda akan diwarisi oleh insan yang anda sayangi. Akaun amanah ini boleh dibuka oleh mana-mana individu atau syarikat korporat untuk tujuan khusus seperti melindungi kepentingan orang yang tersayang seperti anak-anak di bawah umur atau orang kelainan upaya dan untuk sebarang tujuan kebajikan yang lain dalam jangka masa tertentu.

KEPENTINGANNYA MEMBUKA AKAUN DI AMANAHRAYA

Cipta Pewarisan Untuk Jaminan Kewangan Anda

Sebagai Pemegang Amanah yang dilantik, AmanahRaya akan mengurus harta amanah anda mengikut terma yang terkandung di dalam Surat Ikatan Amanah.

Kami menyediakan pelbagai Akaun Amanah untuk memenuhi kehendak Penderma kami. Contohnya, Akaun Amanah Tunai, Akaun Amanah Hartanah, Akaun Amanah Ekuiti, Akaun Amanah Insurans, dan Akaun Amanah Institusi.

Mengapa Pilih Akaun Amanah?

Jika anda mempunyai aset

Untuk menjamin keselamatan aset anda dan memastikan bahawa aset tersebut diagihkan kepada Penerima yang dihajati. Akaun Amanah dapat mencegah pertikaian berlaku dalam kalangan ahli keluarga.

Jika anda masih bujang

Untuk menetapkan Penerima kepada harta amanah anda.

Jika anda mempunyai anak-anak bawah umur dan orang kelainan upaya

Untuk memberi jaminan kepada Penerima bawah umur dan/atau kelainan upaya yang tidak mampu untuk menguruskan aset mereka sendiri.

Jika anda mempunyai hajat atau tujuan khas

Untuk memelihara hartanah anda atas, sebarang tujuan khas seperti keinginan untuk mengekalkan hartanah tersebut sebagai rumah warisan keluarga atau menjadikan ia sebagai rumah kebajikan bagi tujuan amal.

Jika anda ingin melindungi diri anda semasa sakit

Untuk melantik Pemegang Amanah bagi menguruskan wang anda dengan memperuntukkan sejumlah wang untuk digunakan bagi keperluan harian, perubatan, dan/atau kos sara hidup anda apabila disahkan tidak berupaya lagi oleh pengamal perubatan.

Jika anda merancang untuk persaraan

Bagi memastikan anda mempunyai dana yang mencukupi untuk keperluan selepas persaraan dan/atau menampung kos sara hidup anda.

Produk-Produk Amanah Kami

Bergantung kepada keperluan anda, anda mungkin memerlukan salah satu daripada Akaun Amanah yang disenaraikan di bawah. Kami mengesyorkan perbincangan dengan kami sebelum membuat keputusan mengenai Akaun Amanah yang terbaik untuk anda.

Amanah Tunai
Amanah Hartanah
Amanah Insurans
Hibah
HibahKU
Amanah Faedah Pekerja
Amanah Ekuiti
Amanah Institusi

PENYELESAIAN UNTUK ANDA

Sediakan Akaun Amanah Anda di AmanahRaya

Pengalaman selama lebih 100 tahun menjadikan kami sebagai peneraju industri Perancangan Pewarisan. Jenama kami dikenali dengan kepakaran yang mendalam, tahap kebolehpercayaan dan profesionalisme yang tinggi. Kepakaran yang dimiliki, pelanggan yang pelbagai dengan jaringan rangkaian yang meluas, merupakan jaminan untuk kami menawarkan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti dengan fi perkhidmatan yang berpatutan.

Apa itu Surat Ikatan Amanah?

Akaun Amanah dibuka berdasarkan kepada terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian Amanah. Perjanjian Amanah boleh terdiri daripada Surat Ikatan Amanah, Deklarasi Amanah, Perintah Mahkamah, Perintah Pusaka kecil, Surat Kuasa Mentadbir, dan Perintah Pampasan Pekerjaan. Perjanjian Amanah mengandungi terma dan syarat, termasuk tugas dan tanggungjawab, pihak-pihak yang terlibat dalam peramanahan tersebut.

Pengurusan Amanah dalam 4 Langkah Mudah

Lantik AmanahRaya sebagai Pemegang Amanah anda.
AmanahRaya menyediakan Surat Ikatan Amanah mengikut keperluan anda.
AmanahRaya bertindak sebagai Pentadbir untuk memenuhi kehendak anda mengikut Perjanjian Amanah anda.
AmanahRaya bertanggungjawab untuk mengagih atau memindahkan harta amanah yang diperuntukkan kepada penerima sebagaimana yang disenaraikan dalam Surat Ikatan Amanah.

Mengapa Memilih Akaun Amanah di AmanahRaya?

Selamat dan Terjamin

Harta amanah anda akan dilindungi daripada tuntutan pemiutang, tertakluk kepada undang-undang yang termaktub.

Harta Amanah Bukan Sebahagian Daripada Pusaka Anda

Harta Amanah bukan sebahagian daripada harta pusaka anda selepas kematian berlaku. Ianya perlu diberikan kepada penerima yang dinyatakan di dalam Surat Ikatan Amanah.

Perlindungan Penerima Manfaat

Akaun Amanah anda akan melindungi kepentingan orang yang anda sayangi (contohnya anak-anak bawah umur atau orang kelainan upaya) pada bila-bila masa.

Pulangan Pelaburan

Kami melabur harta Amanah anda dan menawarkan pulangan pelaburan yang kompetitif.

Pusat Setempat

Kami menyediakan perkhidmatan setempat untuk Perancangan Pewarisan yang merangkumi Perkhidmatan Wasiat, Amanah, dan Pentadbiran Pusaka.

Berpengalaman dan Profesional

Kami mempunyai pengalaman lebih dari 100 tahun dan kakitangan yang sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan profesional dan cemerlang.

Tahukah Anda?

Pengeluaran tunai daripada Akaun Amanah tidak memerlukan Surat Kuasa Mentadbir.
Ianya sesuai bagi individu yang berhasrat menubuhkan Tabung Amanah agar harta Amanah berkenaan dapat dimanfaati dan memberi impak positif kepada masyarakat.
Penderma boleh menetapkan terma dan syarat tambahan pada harta amanah.
Penderma boleh mengubahsuai terma yang terkandung di dalam Surat Ikatan Amanah.

FAQ

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Tadbir Urus Amanah Anda Hari Ini

Ada Pertanyaan?