Halaman Utama / Perkhidmatan / Perkhidmatan Wasiat
Perkhidmatan Wasiat
Instrumen pewarisan bagi melindungi yang tersayang.
PENGENALAN
Apa itu Wasiat?
Wasiat ialah sebuah dokumen undang-undang yang memperincikan pengagihan aset kepada orang-orang yang tersayang mengikut hasrat anda. Aset berkenaan termasuk harta tak alih (rumah, bangunan) dan harta alih (kenderaan, saham, pelaburan, dll).
KEPENTINGAN MENULIS WASIAT
Perancangan Awal Buat Yang Tersayang
- Wasiat hanya boleh dilaksanakan selepas kematian anda.
- Individu yang berumur 18 tahun ke atas dan sempurna akal boleh membuat Wasiat.
- Wasi(individu/organisasi) bertanggungjawab untuk memastikan Wasiat anda akan dilaksanakan mengikut hasrat anda.
- Wasi juga bertanggungjawab untuk melaksanakan keseluruhan proses yang melibatkan Pentadbiran Pusaka Berwasiat, anda.
- Wasiat yang sempurna dapat memastikan kepentingan waris anda terpelihara, terjamin kerahsiaan dan disimpan secara profesional.
- Wasiat membolehkan anda melantik seorang penjaga yang dipercayai untuk membantu melindungi kesejahteraan dan kepentingan anak-anak anda (terutamanya yang masih di bawah umur dan kelainan upaya) selepas kematian anda.








COMPLETE
Great Job! You’ve successfully planned your legacy and protected your loved ones.
CARA PENYELESAIAN UNTUK ANDA
Perancangan Pewarisan Secara Mudah Bermula di AmanahRaya
Kepakaran yang dimiliki selama lebih 100 tahun, menjadikan kami sebagai peneraju industri Perancangan Pewarisan. Pengalaman kebolehpercayaan dan profesionalisme yang tinggi menjadi tonggak jenama kami di samping jaringan rangkaian yang luas, pelanggan yang pelbagai, perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan fi yang berpatutan.
Perkhidmatan Wasiat Kami
1. PENULISAN

Penulis Wasiat yang profesional dan diiktiraf
Khidmat nasihat percuma
Tiada kos tersembunyi

2. PENYIMPANAN

Simpanan sepanjang hayat
Lokasi simpanan yang selamat
Dipercayai dan amanah
Proses pencarian mudah untuk semakan
3. PELAKSANAAN


Pegawai kami diberi kuasa untuk menjalankan prosiding undang-undang
Tidak perlu melantik peguam
Pengecualian dari penyediaan Bon Jaminan
Pegawai kami telah diwartakan untuk hadir dalam sesi mahkamah


We Provide Will Services for
both Muslims and Non-Muslims

Muslim >

Non-Muslim >
Jenis Wasiat di AmanahRaya
Hubungi kami untuk mengetahui jenis Wasiat yang sesuai untuk anda.

Kelebihan Menulis Wasiat di AmanahRaya
Berpengalaman dan diiktiraf
Kami mempunyai pengalaman melebihi 100 tahun dalam Perancangan Pewarisan.

Tiada Konflik Kepentingan
Kami bersifat bebas dan adil dalam melaksanakan menunaikan hasrat anda.

Privasi Terpelihara
Kami mengamalkan sikap integriti dan tahap kerahsiaan yang tinggi.

Proses Mudah dan Ringkas
Kami merupakan pusat setempat untuk melaksanakan Perancangan pewarisan dan kami menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh meliputi keseluruhan proses Pentadbiran Pusaka.

Peluang Menentukan Kehendak Peribadi Anda
Kami akan melaksanakan hasrat anda mengikut Wasiat yang telah disediakan.

Perundingan Profesional
Kami membantu anda merancang pengagihan harta mengikut kehendak dan undang-undang diri.

FAQ
AmanahRaya is a company wholly owned by the Government and has experience and expertise for over 90 years in providing services to the community in matters of writing, storage of wills and execution of wills.