Halaman Utama / Perkhidmatan / Pewarisan Bertakaful
Pewarisan Bertakaful
Menyediakan perlindungan takaful untuk membantu membiayai kos pentadbiran pusaka, agar masa hadapan keluarga anda lebih terpelihara.
PeNGENALAN
Apa itu Pewarisan Bertakaful?
Pewarisan Bertakaful adalah tawaran perlindungan takaful yang disediakan oleh AmanahRaya dengan kerjasama pengendali takaful berdaftar. Ia bertujuan untuk melengkapkan perancangan dan perlindungan pewarisan anda.
Dengan caruman serendah RM10.00 sebulan, pelan ini membantu untuk memastikan keluarga anda mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk menampung fi Pentadbiran Pusaka agar menjadi lancar.
KELEBIHAN

Perlindungan Mampu Milik
Pelan mampu milik dengan caruman bulanan serendah RM10.00.

Perlindungan Komprehensif
Memberi perlindungan sekiranya berlaku kematian biasa atau akibat kemalangan.

Perancangan Kewangan
Manfaat takaful membantu membiayai kos pentadbiran pusaka, sekaligus mengurangkan beban kewangan keluarga anda.

Perlindungan Jangka Panjang
Tempoh perlindungan sehingga umur 70 tahun.

Pendaftaran Mudah Secara Atas Talian
Permohonan mudah secara atas talian melalui portal GO Financial.
BAGAIMANA PEWARISAN BERTAKAFUL BERFUNGSI?
Langkah 1
Mulakan pelan anda
Langgan Pewarisan Bertakaful melalui portal GO Financial, dengan caruman bulanan serendah RM10.
Langkah 2
Maklumkan kepada keluarga/waris anda
Selepas pelan diaktifkan, maklumkan kepada waris dan/atau nyatakan dalam wasiat anda.
Langkah 3
Tuntut dengan mudah
Setelah ketiadaan anda, AmanahRaya akan menguruskan proses tunturan takaful bagi pihak waris.
Langkah 4
Biayai kos pentadbiran pusaka
Manfaat takaful akan digunakan untuk membiayai kos pentadbiran pusaka.
FAQ
AmanahRaya is a company wholly owned by the Government and has experience and expertise for over 90 years in providing services to the community in matters of writing, storage of wills and execution of wills.
Pilih Pelan Anda Hari Ini
Ada Pertanyaan?
NOTIS MAKLUMAN PRODUK
Pewarisan Bertakaful merupakan satu produk perlindungan takaful yang ditawarkan oleh Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) khusus untuk Pelanggan AmanahRaya sebagai satu bentuk alternatif kewangan kepada pelanggan di dalam mendapatkan perlindungan takaful khas untuk membiayai atau meminimakan kos fi pentadbiran pusaka Pelanggan melalui manfaat pampasan takaful.
AmanahRaya bekerjasama dengan Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB) sebagai Syarikat Pengendali Takaful (SPT) bagi menyediakan perlindungan takaful dan memproses tuntutan. AmanahRaya adalah sebuah Syarikat Pemegang Amanah utama Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan mempromosikan Pewarisan Bertakaful sebagai perkhidmatan tambahan bagi melengkapi aspek perancangan pewarisan kepada Pelanggan AmanahRaya.
Melalui kerjasama strategik ini, AmanahRaya akan menerima 10% daripada amaun Sumbangan Takaful bulanan Pelanggan AmanahRaya (selepas ini dirujuk sebagai “peserta”) untuk mana-mana pelan Pewarisan Bertakaful sebagai balasan kerjasama yang diadakan. Tiada sebarang tambahan caj perkhidmatan atau caj-caj lain akan dikenakan ke atas peserta bagi penyertaan Pewarisan Bertakaful melalui aplikasi atas talian Go Financial.
Peserta wajib mendaftarkan maklumat yang benar dan tepat semasa pendaftaran bagi menyertai produk ini. AmanahRaya dan TIFB berhak untuk mengunakan data peribadi peserta yang didaftarkan bagi tujuan pemprosesan produk Pewarisan Bertakaful. Sebarang manipulasi maklumat yang didaftarkan akan ditolak daripada menyertai produk ini dan sumbangan penuh akan diberikan semula kepada peserta.
Sekiranya peserta berhasrat membatalkan perlindungan Takaful dalam tempoh tidak melebihi 15 hari dari tarikh penyertaan, pembatalan boleh dibuat dan kesemua sumbangan Takaful akan dikembalikan sepenuhnya kepada peserta.
*Tertakluk pada terma dan syarat.