Sekitar Program Baik Pulih Rumah serta penyerahan sumbangan SabahVFM yang telah berlangsung di Kampung Ulu Bakau Beaufort Sabah.
AmanahRaya diketuai oleh En Jack Yap Ngee Heong, Ketua Pegawai Perniagaan dan Operasi Kumpulan bersama En. Usman Hj Hamid, Ketua Jabatan Pembangunan Perniagaan, En. Hamzah Mohamad, Pengurus Kanan, Sabah & Sarawak serta pegawai-pegawai Jabatan Pembangunan Perniagaan. Majlis disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Penyiaran Sabah, En. Mohd Yusni Mohd Ali.
Dalam program ini, AmanahRaya turut menaja pembaikpulihan rumah daif di Kampung Ulu Bukau Beaufort.