AmanahRaya telah menerima Sijil Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) MS ISO 37001:2016 oleh SPRM

February 7, 2025

AmanahRaya telah menerima Sijil Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) MS ISO 37001:2016 daripada Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu majlis di ibu kota hari ini.
 
Yang Berusaha Encik Ahmad Feizal Sulaiman Khan, Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya dalam ucapannya berkata, ‘penerimaan sijil (ABMS) MS ISO 37001:2016 ini merupakan bukti komitmen teguh AmanahRaya dalam memperkukuhkan budaya integriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam pengurusan organisasi.’
 
Penerimaan sijil ini menegaskan komitmen AmanahRaya dalam memperkukuhkan budaya integriti, akauntabiliti, dan ketelusan. Dengan sistem kawal selia yang lebih ketat, AmanahRaya bertekad mengekalkan kepercayaan pelanggan dan memastikan kelangsungan perniagaan yang mampan.