Wacana HiBAHKU Bersama Masyarakat Tawau anjuran AmanahRaya bersama Hikmah Centre Tawau dan Persatuan Komuniti Bugis Sabah PKBS

February 27, 2025

Program Wacana HiBAHKU Bersama Masyarakat Tawau anjuran AmanahRaya bersama Hikmah Centre Tawau dan (Persatuan Komuniti Bugis Sabah) PKBS berlangsung semalam di Hotel Astana Tawau Sabah. Dihadiri seramai 150 orang pemimpin masyarakat Tawau serta ahli-ahli PKBS.
 
AmanahRaya diwakili oleh En Jack Yap Ngee Heong, Ketua Pegawai Perniagaan dan Operasi Kumpulan bersama En Usman Hj Hamid, Ketua, Jabatan Pembangunan Perniagaan (selaku penceramah untuk 2 slot), En Hamzah Mohamad, Pengurus Kanan (Sabah dan Sarawak) dan pegawai-pegawai Jab Pembangunan Perniagaan dan Cawangan Kota Kinabalu.
 
Wacana telah dirasmikan penutupannya oleh YBhg. Setiausaha/Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Kalabakan merangkap Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, YB Datuk Andi Mohd Suryadi bin Bandy.