AmanahRaya melalui Yayasan AmanahRaya telah melaksanakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ‘Rezeki Ramadan’ hari ini dengan menyalurkan bantuan kepada wakil penerima di Daerah Beaufort, Sabah. Pada program tersebut, AmanahRaya telah menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada keluarga terpilih, manakala AmanahRaya Trustees menyampaikan sumbangan kewangan untuk menampung keperluan ramadan dan persiapan menjelang aidilfitri.