Home / Privacy Policy

Notis Privasi dan Perlindungan Data Peribadi

Notis Privasi dan Perlindungan Data Peribadi ini menjelaskan bagaimana Amanah Raya Berhad, bersama anak-anak syarikat dan syarikat sekutunya (secara kolektif dirujuk sebagai “Kumpulan Amanah Raya”, kami atau kita), mengiktiraf kepentingan privasi dan sensitiviti data peribadi. Kami komited untuk mengekalkan kerahsiaan, keselamatan, dan integriti data peribadi yang anda bekalkan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

Skop dan Persetujuan

Dasar ini terpakai kepada semua pelanggan sedia ada, bakal pelanggan, vendor, kenalan, benefisiari, penderma, pewasiat, waris, wasi, pentadbir, pemegang amanah, penama, penuntut dan individu-individu lain yang berinteraksi atau berurusan denganKumpulan Amanah Raya. Ia juga terpakai kepada bekas atau pekerja sedia ada Kumpulan Amanah Raya. Ia menetapkan cara kami mengumpul, menggunakan, menyelenggara, dan mendedahkan data peribadi anda mengikut keperluan undang-undang dan kawal selia.

Dengan terus berkomunikasi, berinteraksi, atau berurusan dengan Kumpulan Amanah Raya—sama ada melalui platform dalam talian, laman web, atau penggunaan produk dan perkhidmatan kami—anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Notis ini dan bersetuju terhadap pengumpulan, penggunaan, pendedahan, pemindahan dan pemprosesan data peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini. Anda juga mengakui bahawa anda sedar akan hak yang ada untuk dimaklumkan tentang pemprosesan, memohon akses dan pembetulan data peribadi anda serta menarik balik persetujuan anda tertakluk kepada sekatan perjanjian dan undang-undang.

Kesan Jika Data Tidak Dibekalkan: Sekiranya anda mengehadkan akses atau enggan memberikan data peribadi anda:

  • Kami tidak akan dapat membekalkan produk dan perkhidmatan yang anda perlukan atau minta; atau
  • Kami tidak dapat memberikan sebarang notis, perkhidmatan, dan kemaskini penting kepada anda.

Kami mungkin tidak dapat mematuhi kewajipan berkanun, kawal selia, fidusiari atau obligasi yang dipohon mahkamah.


1. Jenis Data Peribadi yang Dikumpul dan Diproses

Kami mengumpul data peribadi untuk memproses permintaan, pertanyaan, pendaftaran, atau permohonan anda. Data ini dikumpul melalui laman web, borang, perjumpaan, panggilan telefon, e-mel, faks, SMS, pesanan ringkas, atau komunikasi bertulis, digital atau elektronik yang lain. Kami juga menerima maklumat daripada senarai tetamu, kad perniagaan, acara yang dianjurkan, serta sumber pihak ketiga seperti pengedar sah, badan kawal selia, agensi pelaporan kredit, firma pengambilan pekerja, dan media sosial serta daripada agensi kerajaan, institusi kewangan, mahkamah, hospital, wakil undang-undang dan rekod yang tersedia secara umum jika perlu untuk perkhidmatan harta pusaka, amanah, wasiat atau fidusiari

Data yang dikumpul termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • Nama penuh atau nama syarikat.
  • Umur, jantina, dan tarikh lahir.
  • Bangsa, asal etnik dan kewarganegaraan.
  • Butiran perhubungan seperti alamat fizikal, alamat e-mel, dan nombor telefon bimbit.
  • Nombor Pendaftaran Syarikat, nombor NRIC, atau nombor Passport.
  • Status perkahwinan, butiran anak-anak, dan pekerjaan.
  • Sejarah pekerjaan, penilaian prestasi, julat pendapatan, serta butiran majikan terdahulu dan rujukan.
  • Maklumat kad kredit, akaun bank, atau maklumat perbankan lain yang berkaitan.
  • Nombor fail cukai, nombor KWSP, nombor PERKESO, dan maklumat yang berkaitan dengan prosiding undang-undang jika dikehendaki oleh undang-undang.
  • Alamat IP.
  • Imej (pegun/rakaman).
  • Data Peribadi Sensitif.
  • Maklumat Pengenalan Peribadi (PII) yang ditakrifkan oleh undang-undang atau piawaian privasi antarabangsa.
  • Sebarang maklumat peribadi lain yang diperlukan oleh Kumpulan Amanah Raya untuk mengenal pasti anda atau ahli keluarga anda.
 
2. Pemprosesan dan Tujuan Data Peribadi

Data peribadi anda dikumpul, disimpan, dan diproses oleh Kumpulan Amanah Raya untuk tujuan yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang anda minta, serta untuk aktiviti pentadbiran, perniagaan, dan pemasaran. Tujuan ini termasuk:

  • Melaksanakan transaksi komersial dan memenuhi kewajiban berkaitan produk, perkhidmatan, atau nasihat.
  • Menyediakan dan melaksanakan dokumen undang-undang, perjanjian, termasuk wasiat, surat ikatan amanah, dokumen pentadbiran harta pusaka, pelantikan fidusiari dan instrumen berkaitan.
  • Mentadbir harta pusaka, amanah, wasiat, pengurusan kewangan dan pelantikan fidusiari atau berkanun yang lain.
  • Menyelenggara rekod dalaman pelanggan dan menguruskan pembangunan perniagaan.
  • Menjalankan usaha wajar, pengesahan identiti, saringan anti-pengubahan wang haram, pencegahan penipuan dan semakan pematuhan.
  • Menjalankan pengiklanan, pemasaran, penyelidikan, analisis data, dan tinjauan pasaran.
  • Operasi dalaman seperti penyelesaian masalah, ujian, dan pembangunan profesional berterusan.
  • Memaparkan nama, gambar, atau rakaman video anda yang diambil semasa acara syarikat di laman web, buletin, atau penerbitan lain.
  • Mengendalikan laman web dan perisian IT kami, termasuk pengumpulan alamat IP dan kuki (cookies).
  • Mematuhi keperluan undang-undang dan kawal selia, termasuk pendedahan kepada pihak berkuasa kerajaan atau mahkamah.
  • Sebarang tujuan lain yang dibenarkan oleh anda atau yang berkaitan dengan perkara di atas.

Kami menyimpan data peribadi untuk tempoh yang dibenarkan oleh undang-undang dan hanya selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan di atas, menyelesaikan pertikaian, menguatkuasakan perjanjian, dan mematuhi keperluan undang-undang atau peraturan.

 

3. Keselamatan

Kami melindungi data peribadi anda dengan mengehadkan akses hanya kepada pihak yang perlu tahu (need-to-know basis). Kerangka keselamatan kami merangkumi kawalan akses fizikal dan elektronik, pelayan yang selamat, teknologi firewall, dan pelbagai langkah teguh yang lain untuk menjamin kerahsiaan.

 

4. Pendedahan Data

Walaupun Kumpulan Amanah Raya menganggap data anda sebagai sulit, anda dengan ini memberi kuasa kepada kami untuk mendedahkannya kepada pihak ketiga berikut:

  • Anak syarikat, syarikat bersekutu, dan syarikat gabungan dalam Kumpulan.
  • Kontraktor pihak ketiga, sub-kontraktor, pembekal, atau vendor yang membantu dalam menyediakan produk dan perkhidmatan kami.
  • Rakan perniagaan, pengedar sah, atau ejen yang berada di dalam atau di luar Malaysia.
  • Badan kawal selia, badan berkanun, atau agensi kerajaan seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang.
  • Penasihat profesional, termasuk juruaudit, peguam, perunding, dan akauntan.
  • Bank, institusi kewangan, penanggung insurans, benefisiari, pelaksana, pentadbir, pemegang amanah atau pihak lain yang terlibat dalam pentadbiran harta pusaka, wasiat atau amanah.
  • Mana-mana pihak lain yang berkaitan dengan fungsi perniagaan kami seperti yang dibenarkan oleh undang-undang.

Kami memerlukan pihak ketiga memproses data peribadi bagi pihak kami untuk melaksanakan langkah keselamatan yang sesuai. Walau bagaimanapun, kami tidak bertanggungjawab ke atas amalan privasi pihak ketiga bebas yang bertindak sebagai pengawal data yang berasingan

 

5. Pilihan, Akses, dan Pembetulan

Sekiranya anda ingin menarik balik persetujuan, mengehadkan pemprosesan, atau meminta akses untuk membetulkan data peribadi anda, atau aduan berkaitan perlindungan data peribadi, sila hubungi :

Untuk Perhatian: Pegawai Perlindungan Data
Emel: dpo@arb.com.my

Permintaan untuk akses atau pembetulan adalah mungkin tertakluk kepada keperluan pengesahan dan bayaran yang dikenakan seperti yang dibenarkan di bawah PDPA. Kami mungkin menolak permintaan dalam keadaan yang dibenarkan oleh undang-undang Jika tiada notis bertulis diterima, kami akan menganggap bahawa kami mempunyai kebenaran berterusan daripada anda untuk memproses data tersebut.

 

6. Perubahan atau Kemas Kini Notis

Kami berhak untuk mengemas kini, menyemak, atau mengubah suai Notis ini dari semasa ke semasa tanpa notis awal. Kami menasihati anda semak laman web kami untuk Notis ini secara tetap.

 

7. Bahasa

Sekiranya terdapat sebarang konflik atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia bagi Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.

Contacting Us

If you would like further information regarding this privacy policy or if you think we have breached any aspect of this privacy policy please contact us at:-

Customer Relationship Management Department
Ground Floor, Wisma AmanahRaya
No 2, Jalan Ampang
50508 Kuala Lumpur
Malaysia

Careline: 03 2723 7273