Halaman Utama / Tentang / Integriti dan Tadbir Urus

Integriti dan Tadbir Urus

Mengekalkan standard etika yang teguh, perlindungan maklumat pelanggan yang tidak berbelah bahagi, dan ketelusan dalam memberikan keyakinan dan kepercayaan yang tertinggi kepada pelanggan kami yang dihargai.

OBJEKTIF

Mempertingkat budaya profesionalisme dan integriti secara aktif di AmanahRaya

Mencegah kejadian salah laku dan kaitan rasuah dengan pihak lain

Memastikan integriti dan ketelusan dikekalkan dalam amalan harian melalui elemen kejujuran, kecekapan dan kebolehpercayaan

PELAN INTEGRASI DAN KOMPREHENSIF KAMI

Amanah Raya Berhad Memperkukuh Komitmen Integriti dengan Pensijilan ISO 37001 & Penyertaan dalam Corporate Integrity System

Amanah Raya Berhad menegaskan semula dedikasinya terhadap standard etika, ketelusan dan akauntabiliti yang tertinggi melalui dua pencapaian penting.
 
Pada 9 Julai 2024, Amanah Raya Berhad telah memperoleh pensijilan ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems (ABMS) — satu pengiktirafan yang signifikan terhadap pendirian sifar toleransi kami terhadap rasuah, yang diperkukuhkan oleh Polisi Anti-Rasuah & Anti-Korupsi kami.

Pada 1 November 2025, Amanah Raya Berhad telah dianugerahkan Sijil Penyertaan dalam Corporate Integrity System™ Malaysia sebagai pengiktirafan terhadap usaha berterusan kami untuk menginstitusikan amalan integriti di seluruh operasi syarikat.

Pencapaian ini mencerminkan rangka kerja tadbir urus bersepadu Amanah Raya Berhad yang memupuk budaya profesionalisme, kejujuran dan kebolehpercayaan. Ia turut mengukuhkan komitmen kami dalam mencegah salah laku, rasuah dan penipuan melalui sistem yang teratur — termasuk Kod Etika Perniagaan, Polisi Pemberi Maklumat, Polisi Tiada Hadiah serta Kod Etika Vendor.
 
Melalui pengiktirafan ini, Amanah Raya Berhad terus menyampaikan keyakinan dan jaminan kepada para pelanggan, pihak berkepentingan dan masyarakat — berteraskan nilai teras kami iaitu integriti, kecekapan dan amanah.

Dasar Antirasuah dan Antikorupsi

Dasar ini dibangunkan dengan tujuan untuk mencegah rasuah dan korupsi melalui pelaksanaan garis panduan dan pematuhan terhadap piawaian etika yang tegas.

Pengurusan Integriti & Maklum Balas Etika / Integriti

Kami telah melaksanakan sistem yang komprehensif untuk menguruskan integriti dan mengumpul maklum balas tentang etika bagi memastikan pemeliharaan tahap piawaian yang tinggi sentiasa diamalkan. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin membuat aduan mengenai isu etika atau integriti, hubungi Integrity Hotline kami di 03-8680 7369

Kod Etika Perniagaan Untuk Wargakerja

Kami telah menghasilkan Kod Etika Perniagaan Untuk Warga Kerja AmanahRaya untuk menyokong wawasan dan lima nilai utama yang kami pegang teguh.

Kod Etika Pembekal

Kami telah membangunkan Kod Etika Pembekal AmanahRaya sebagai garis panduan kepada pihak pembekal serta rakan perniagaan mengenai piawaian dan amalan yang dipraktikkan dalam semua urusan perniagaan.

Polisi Tiada Hadiah

Kami telah membangunkan Polisi Tiada Hadiah untuk menunjukkan pendirian kami terhadap aktiviti penerimaan atau pemberian hadiah bagi mengekalkan amalan kesaksamaan dan integriti yang tinggi.

Polisi Pendedahan Salah Laku

Kami telah membangunkan polisi ini sebagai bukti komitmen kami yang menggalakkan pengekalan standard yang tinggi, dalam aspek ketelusan, akauntabiliti, etika dan amalan tadbir urus korporat yang baik di tempat kerja.

Pihak Yang Tertakluk Dalam Pelan Integriti Kami

Semua kakitangan, termasuk anak-anak syarikat AmanahRaya.

Mana-mana individu yang termaktub di bawah kontrak perkhidmatan.

Mana-mana individu yang terlibat dengan syarikat untuk sebarang aktiviti